Kami warga Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga, Johor Bahru dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
- Memastikan staf mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
- Memastikan semua kanak-kanak mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan baru bermula.
- Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
- Memastikan kami sentiasa peka dan cepat bertindak kepada kehendak dan keperluan pelanggan, murid, ibu bapa, masyarakat dan negara.
- Memberi layanan berhemah, perkhidmatan yang cekap, dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
- Menentukan segera surat aduan dan rayuan kepada sekolah ini diberi jawapan dalam masa seminggu dari tarikh diterima.
- Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada pelanggan.
- Sentiasa sanggup dan bersedia menerima pendapat, cadangan, syor, teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah.