08-10.02.2023 - RABU - JUMAAT
PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK SERI KENANGA SESI 2022/2023 ======================================================================== Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar dan barisan Pentadbir. YDP PIBG dan barisan AJK, Guru-guru, pihak Kem Kaizen serta para penyumbang secara langsung atau tidak langsung. Alhamdulillah Perkhemahan Perdana Unit Berunifrom SK Seri Kenanga sesi 2022/2023 telah berjalan dengan dan berjaya dengan lebih meriah pada tahun 2022. Semoga dengan penganjuran Perkhemahan ini dapat memberikan ilmu dan pengalaman berharga kepada murid - murid SKSK yang mengikuti perkhemahan ini. Dengan ilmu iktiar hidup dan pengalaman mengikut perkhemahan ini akan memberi ilmu yang berguna untu masa depan. Warga Sekolah dan ibubapa boleh mendapatkan gambar - gambar sepanjang Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Seri Kenanga ini berlangsung di pautan dibawah : https://photos.app.goo.gl/AbEb7Zi4wv2U4xhV7
0 Comments
20.10.2022 - KHAMIS
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 35 SK SERI KENANGA ======================================================================== Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar dan barisan Pentadbir. YDP PIBG dan AJK. PIBK, Guru-guru serta para penyumbang secara langsung atau tidak langsung. Alhamdulillah KOT SK Seri Kenangan bagi tahun 2022 telah berjalan dengan dan berjaya dengan lebih meriah pada tahun 2022. Semoga dengan penganjuran KOT ini dapat melahirkan atlet terbaik untuk sekolah khasnya dan untuk negara Amnya. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa jadikan ini satu permulaan dan kenangan terbaik anak-anak di zaman persekolahan terutama sekolah rendah. Warga Sekolah dan ibubapa boleh mendapatkan gambar - gambar sepanjang Kejohanan Olahraga SK Seri Kenanga ini berlangsung di pautan dibawah https://bit.ly/Dashboard-Sistem-Olahraga-SKSK 18.06.2022 - SABTU
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH SK SERI KENANGA JOHOR BAHRU 2022 ======================================================================== Makluman kepada ibubapa /penjaga Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah dijalankan pada hari sabtu 18.06.2022 pada jam 8.00 pagi. Keadaan Cuaca mengizinkan menyebabkan kejohanan ini berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada YDP PIBG Dato Md Shadip bin Mohd dapat hadir merasmikan kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Selain itu kebersamaan Guru - guru serta barisan ajk dan ibubapa membantu menjayakan kejohanan merentas desa ini. Semoga kebersamaan ini dapat diteruskan lagi bagi kemenjadian murid-murid SK Seri Kenanga. Kita cuba Melahirkan Modal Insan Terbilang dalam Mengoptimumkan potensi anak - anak SK Seri Kenanga dan memaksimumkan keberhasilannya, InshaAllah. 24 JANUARI 2022
CUTI SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2022 =======================™ Makluman kepada ibu bapa/ penjaga berkenaan cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 28 Januari sehingga 06 Februari 2022. Sehubungan dengan itu CIkgu Hj. Asmuni Bin Kaspan, Guru Besar SK Seri Kenanga, Johor Bahru mewakili barisan pentadbir serta guru-guru SKSKJB ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina, kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan semua warga SKSK khasnya. CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2022!! CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2022!! CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2022!! Semoga semua warga SKSK dapat menjaga kesihatan, jaga SOP yang telah ditetapkan semasa cuti sempena Tahun Baru Cina, kita masih belum menang dalam perang melawan covid 19. Semoga negara kita terhindar terus dari wabak COVID-19 ini. #SelamatTahunBaruCina #Staysafe #MelahirkanModalInsanTerbilang ======================™ 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒊𝒌𝒆 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑭𝑩 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://www.facebook.com/skserikenangajb 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒂𝒚𝒂𝒓𝒊 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑾𝒆𝒃 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://serikenanga.weebly.com/ https://www.facebook.com/ 18 JANUARI 2022
CUTI SEMPENA SAMBUTAN HARI THAIPUSAM =======================™ Makluman kepada ibu bapa/ penjaga berkenaan cuti sempena sambutan Hari Thaipusam pada 18 Januari 2022. Sehubungan dengan itu CIkgu Hj. Asmuni Bin Kaspan, Guru Besar SK Seri Kenanga, Johor Bahru mewakili barisan pentadbir serta guru-guru SKSKJB ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusa, kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan semua warga SKSK khasnya. CUTI SEMPENA HARI THAIPUSAM BUAT WARGA SKSK!!! CUTI SEMPENA HARI THAIPUSAM BUAT WARGA SKSK!!! CUTI SEMPENA HARI THAIPUSAM BUAT WARGA SKSK!!! Semoga semua warga SKSK dapat menjaga kesihatan, jaga SOP yang telah ditetapkan semasa cuti sempena Thapusam, kita masih belum menang dalam perang melawan covid 19. Semoga negara kita terhindar terus dari wabak COVID-19 ini. #HappyThaipusam #Staysafe #MelahirkanModalInsanTerbilang ======================™ 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒊𝒌𝒆 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑭𝑩 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://www.facebook.com/skserikenangajb 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒂𝒚𝒂𝒓𝒊 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑾𝒆𝒃 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://serikenanga.weebly.com/ https://www.facebook.com/ 06.05.2021 / 24 RAMADAN - KHAMIS
MAKLUMAN CUTI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA, SESI PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) DAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN SESI 2021 ===========================™ Dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga selaras dengan surat arahan daripada PPD JB, berikut adalah penetapan tarikh cuti seperti tajuk diatas dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 07 - 16 MEI 2021 = CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 17 - 27 MEI 2021 = SESI PEMBELAJARAN PDPR 28 - 12 JUN 2021 = CUTI PERTENGAH TAHUN SESI 2021 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!! SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN TAHUN!!! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!! Mohon jasa baik ibubapa/penjaga dapat memastikan anak - anak dapat mengikuti sesi pembelajaran di rumah selepas naik cuti aidilfitri nanti. Semua murid akan bersekolah seperti biasa pada 13 JUN 2021 (Ahad) tertakluk kepada arahan semasa. Pihak Sekolah mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Jaga Kesihatan, jaga jarak dan jaga SOP. "PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19" #SelamatHariRayaAidilFitri #SelamatBercuti #KembaliPDPR #MelahirkanModalInsanTerbilang ==============================™ 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒊𝒌𝒆 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑭𝑩 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://www.facebook.com/skserikenangajb 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒂𝒚𝒂𝒓𝒊 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑾𝒆𝒃 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://serikenanga.weebly.com/ 25.03.2021 - KHAMIS
MAKLUMAN CUTI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2021 SK SERI KENANGA ==========================™ Sukacita dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga SK Seri Kenanga, Johor Bahru akan mula bercuti pada 26 MAC 2021 sehingga 03 APRIL 2021. Ini berikutan cuti penggal pertama persekolahan pada sesi 2021. Ibubapa/penjaga perlu pastikan anak-anak tidak hadir kesekolah pada tarikh - tarikh tersebut. SELAMAT BERCUTI WARGA SKSK JOHOR BAHRU!!! SELAMAT BERCUTI WARGA SKSK JOHOR BAHRU!!! SELAMAT BERCUTI WARGA SKSK JOHOR BAHRU!!! Selamat bercuti diucapakan kepada semua warga sekolah SK Seri Kenanga, Semoga percutian ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Mohon kepada semua warga sekolah SK Seri Kenanga menjaga kesihatan, menjaga jarak dan sentiasa memakai pelitup muka semasa berada diluar. Kita belum menang melawan wabak pendamik COVID 19 ini. Semoga kita semua dilindungi daripada terkena wabak pendemik COVID 19 ini. #SelamatBercuti #CutiPenggalPertama #KitajagaKita #MelahirkanModalInsanTerbilang ============================™ 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒊𝒌𝒆 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑭𝑩 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://www.facebook.com/skserikenangajb 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒂𝒚𝒂𝒓𝒊 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑾𝒆𝒃 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://serikenanga.weebly.com/ 22.03.2021 - ISNIN
MAKLUMAN CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR, SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR. ===================================™ Kepada ibubapa/penjaga warga SK Seri Kenanga, dimaklumkan sekolah akan bercuti pada hari SELASA - 23 MAC 2021 bagi meraikan HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR. Sekolah akan beroperasi semula pada Hari Rabu - 24 MAC 2021. "ALLAH PELIHARAKAN SULTAN JOHOR" "ALLAH PELIHARAKAN SULTAN JOHOR" "ALLAH PELIHARAKAN SULTAN JOHOR" Mohon kerjasama ibubapa/penjaga untuk menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh KKM semasa bercuti, menjaga kesihatan anak - anak SKSK agar kita semua terlindung dari wabak COVID 19 ini. Pihak Sekolah mengucapkan selamat bercuti buat warga JOHOR. "PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19" #AllahpeliharanSultan #SelamatBercutiWargaJohor #MelahirkanModalInsanTerbilang ===============================™ 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒊𝒌𝒆 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑭𝑩 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://www.facebook.com/skserikenangajb 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒂𝒚𝒂𝒓𝒊 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑾𝒆𝒃 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://serikenanga.weebly.com/ 11.03.2021 - KHAMIS
SALAM ISRAK DAN MIKRAJ 1442 HIJRAH KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA. ==========================™ KISAH perjalanan Baginda Rasulullah dari Kota Mekah ke Masjid Al-Aqsa merupakan perjalanan yang tidak masuk akal bagi mereka yang menggunakan akal semata-mata. Ini kerana jarak perjalanan itu hampir 1,250 kilometer. Disebabkan itu, ramai dalam kalangan orang yang beriman pada mulanya menjadi kufur disebabkan tidak percaya tentang apa yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah lebih-lebih lagi Baginda mengkhabarkan bahawa perjalanan tersebut hanya mengambil masa tidak sampai semalaman. Peristiwa tersebut merupakan satu mukjizat besar yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad junjungan kita kerana belum pernah ada manusia di muka bumi ini yang melalui perjalanan seumpama itu. Baginda bukan sahaja diperjalankan dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) bahkan Baginda Rasulullah telah diangkat sehingga ke Sidratul Muntaha yang mana melepasi langit ke-7. Disini la bermulanya perintah solat, Walaupun pada awalnya Allah memerintahkan didirikan sebanyak 50 waktu namun Rasulullah memohon agar dikurangkan sehinggalah perintah solat menjadi lima waktu sehari semalam seperti hari ini. Perintah solat lima waktu ini sangat dipegang erat oleh Rasulullah dan Baginda sangat menitikberatkan kepada umat Baginda supaya tidak meninggalkan solat lima waktu kerana ia adalah tiang agama Islam dan kunci agar diterima segala amalan di dunia. #SalamIsrak&Miraj #PerintahSolat #SelawatKeAtasNabi #MelahirkanModalInsanTerbilang ==============================™ 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒊𝒌𝒆 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑭𝑩 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://www.facebook.com/skserikenangajb 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒂𝒚𝒂𝒓𝒊 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑾𝒆𝒃 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://serikenanga.weebly.com/ SUASANA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 1, 2 DAN PRA SEKOLAH SK SERI KENANGA SESI 20211/3/2021 01.03.2021 - ISNIN
SUASANA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 1,2 DAN PRA SEKOLAH SK SERI KENANGA =========================== Setelah sekian lama murid - murid tahun 1, 2 dan Prasekolah bercuti, kini mereka kembali ke sekolah. Pelbagai ragam dan reaksi anak - anak kecil SK Seri Kenanga pada hari pertama persekolahan sesi 2021. Ada yang terlalu gembira, yang menangis, ada yang terpinga-pinga, dan ada tidak tahu namanya pun lagi. Alhamdulillah, cikgu-cikgu SK Seri Kenanga telah bersedia mental dan fizikal untuk menerima anak - anak kecil SK Seri Kenanga ini dalam keadaan NORMA BAHARU. Kami guru - guru SK Seri Kenanga adalah FRONTLINERS. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH MURID SK SERI KENANGA!!! SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH MURID SK SERI KENANGA!!! SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH MURID SK SERI KENANGA!!! Semoga anak-anak kecil SK Seri Kenanga ini terus tabah dan bersemangat untuk ke sekolah di hari-hari mendatang. Jaga kesihatan, jaga jarak dan pastikan sentiasa memakai pelitup muka. #SelamatKembaliKesekolah #ProgramTransisi #MelahirkanModalInsanTerbilang ============================= 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒊𝒌𝒆 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑭𝑩 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://www.facebook.com/skserikenangajb 𝑴𝒐𝒉𝒐𝒏 𝑳𝒂𝒚𝒂𝒓𝒊 𝑳𝒂𝒎𝒂𝒏 𝑾𝒆𝒃 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 : https://serikenanga.weebly.com/ |
KATEGORI
All
ARKIB BERITA
February 2023
|