SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga pada awal penubuhannya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Perumahan S.E.D.C. Ia mula dibuka pada 1 Januari 1984. Seramai 562 orang murid, 14 orang guru dan empat orang kakitangan merupakan kumpulan pertama yang memulakan sesi persekolahan pada tahun tersebut yang diketuai oleh Tuan Syed Mustaffa bin Sulong sebagai Guru Besar pertama ketika itu. Sehingga kini, SK Seri Kenanga mempunyai seramai 820 orang murid dan 50 orang guru serta enam kakitangan. Pada Tahun 2021, Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga akan mula beroperasi dengan dua sesi iaitu pagi dan petang.